Friday 17 June 2011

Kembali Semula Ke Sekolah ...

As salam dan Salam Sejahtera Semua ...

Selama 2 minggu cuti penggal persekolahan kita telah meluangkan masa yang berkualiti bersama ahli keluarga yang tersayang. Terasa begitu cepat masa berlalu pergi. Namun kami harapkan agar anda semua telah dapat menikmati percutian yang akan terpahat dalam kotak memori buat selamanya.

Kepada para pengunjung yang telah datang melawat Melaka Bandaraya Warisan Dunia terutama sekali kepada para pengunjung yang telah sudi menginap di tempat kami .... kami ucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian anda datang ke tempat kami. Harapan kami agar anda semua berpuas hati dengan kemudahan serta layanan yang kami berikan.

Terima kasih atas cadangan dan juga komen yang diberikan. Insya Allah kami akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami di masa akan datang. Jika datang ke Melaka jangan lupa singgah lagi di tempat kami ....