Sunday, 29 May 2011

Manfaatkan cuti sekolah ini bersama insan tersayang ...

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera ....

Masa berlalu begitu pantas sekali. Tahun 2011 sudah sampai ke pertengahannya. Cuti persekolahan yang bermula pada 28 Mei hingga 12 Jun 2011 amat dinanti-nantikan oleh anak-anak kita. Bagi mereka cuti sekolah merupakan satu rahmat yang amat besar yang tidak akan dilepaskan untuk berehat dan bercuti bersama keluarga tersayang. Walaupun kita sibuk dengan pelbagai tugasan di pejabat namun janganlah kita lupa dan alpa untuk memanfaatkan masa senggang kita bersama anak-anak tersayang ......

Sudah pasti kita sudah ada pelbagai perancangan untuk cuti persekolahan kali ini. Paling penting dan utama ialah luangkan masa yang berkualiti bersama dengan insan tersayang. Dan jangan lupa pastikan bajet kita benar-benar telah diatur dengan teliti. Bagi yang ingin menghala ke destinasi ke selatan tanahair terutamanya ke Melaka Bandaraya Bersejarah, kami di BarakahGroup2u KampungStay mengucapkan "SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI DAN BERHATI-HATILAH KETIKA MEMANDU".

Bagi para pengunjung BarakahGroup2u KampungStay, terima kasih kerana sudi berkunjung dan bermalam di sini. Insya Allah, kami akan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada anda agar anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami. 
Semoga kita bertemu kembali di lain waktu .....

3 comments:

  1. Salam kunjungan... semoga semua memanafaatkan cuti yg ada

    ReplyDelete
  2. salam kpd saudara kembali....sudahkah membuat perancangan utk cuti kali ini? Jika belum sy cadangkan saudara berkunjung ke Melaka krn pd musim cuti kali ini di Melaka ada menganjurkan Pesta Sungai , Ekspo Homedex , Ekspo Electrikal & juga PC Fair ..... semoga bertemu dgn saudara ...

    ReplyDelete
  3. salam...saya nk tanya...kami merancang utk bercuti ke melaka pada bulan Nov depan...Barakah homestay sgt menarik perhatian kami..jdi saya cuma nk tahu.. berapa harga sebenar utk 2malam jika kami menginap pada hari sbtu - isnin.

    ReplyDelete