Friday 8 April 2011

BarakahGroup2u KampungStay , Melaka Bandaraya Bersejarah


         Adakah anda merancang untuk bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah ?    Sudahkah anda mempunyai tempat penginapan yang sesuai dan selesa untuk percutian anda ? Jika anda masih tercari-cari di manakah lokasi yang sesuai untuk menginap di Melaka, kami di BarakahGroup2u KampungStay sedia menawarkan kepada anda penginapan yang selesa pada kadar harga yang berpatutan.

    Kami menawarkan 3 unit rumah di kawasan kampung (kampung dalam bandar) di mana kami menyediakan 1 unit rumah 2 bilik 2 bilik mandi di mana setiap bilik tidur dilengkapi dengan kipas dan juga air-cond serta 2 unit rumah 3 bilik 2 bilik mandi di mana semua bilik tidur dilengkapi dengan kipas dan air cond ). Bilik mandi kami dilengkapi dengan pemanas air. Selain itu, kami juga menyediakan kemudahan seperti dapur, peti sejuk, mesin basuh, periuk elektrik, cerek elektrik dan juga kemudahan WiFi. Anda pasti akan merasakan bahawa penginapan di BarakahGroup2u Kampungstay merupakan satu pilihan yang tepat dan memuaskan hati anda.
  

     Lokasi kami ialah di No. 15 C dan 15 D Lrg Imam Hj Mohd Dom , Durian Daun Dalam , Jalan Maktab 75400 Melaka. Lokasi kami cukup strategik iaitu berhampiran dengan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka ( kira-kira 50 meter ) dan bersebelahan dengan Surau An Naemah Kg Durian Daun Dalam, Melaka. Kemudahan gerai makan dan restoran juga mudah diperolehi. Oleh itu, masalah makan dan minum anda bukannya satu masalah. Restoran Lot 85 yang merupakan antara restoran terkemuka di Melaka terletak kira-kira 50 meter sahaja dari homestay kami. 


     Penginapan kami juga menyediakan ruang letak kereta berbumbung bagi 2 buah kereta setiap unit penginapan .


     Ruang tamu dilengkapi dengan televisyen bagi anda menonton rancangan kegemaran anda. Kami menyediakan bilik yang cukup selesa bagi anda sekeluarga di mana setiap bilik dilengkapi dengan kipas siling dan juga alat penghawa dingin demi memastikan anda dapat menikmati rehat yang mencukupi setelah penat melawati tempat-tempat menarik di Melaka.





     Ruang makan dan dapur kami juga luas dan selesa serta dilengkapi dengan peti sejuk , mesin basuh , pinggan mangkuk , cerek dan dapur gas supaya anda merasakan seolah-olah anda berada di rumah anda sendiri.





     2 buah bilik mandi yang dilengkapi dengan alat pemanas air akan dapat memberikan anda keselesaan dan kenikmatan setelah penat melawat negeri kami. Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke BarakahGroup2u Kampungstay apabila anda berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.