Friday, 17 June 2011

Kembali Semula Ke Sekolah ...

As salam dan Salam Sejahtera Semua ...

Selama 2 minggu cuti penggal persekolahan kita telah meluangkan masa yang berkualiti bersama ahli keluarga yang tersayang. Terasa begitu cepat masa berlalu pergi. Namun kami harapkan agar anda semua telah dapat menikmati percutian yang akan terpahat dalam kotak memori buat selamanya.

Kepada para pengunjung yang telah datang melawat Melaka Bandaraya Warisan Dunia terutama sekali kepada para pengunjung yang telah sudi menginap di tempat kami .... kami ucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian anda datang ke tempat kami. Harapan kami agar anda semua berpuas hati dengan kemudahan serta layanan yang kami berikan.

Terima kasih atas cadangan dan juga komen yang diberikan. Insya Allah kami akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami di masa akan datang. Jika datang ke Melaka jangan lupa singgah lagi di tempat kami ....  

Sunday, 29 May 2011

Manfaatkan cuti sekolah ini bersama insan tersayang ...

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera ....

Masa berlalu begitu pantas sekali. Tahun 2011 sudah sampai ke pertengahannya. Cuti persekolahan yang bermula pada 28 Mei hingga 12 Jun 2011 amat dinanti-nantikan oleh anak-anak kita. Bagi mereka cuti sekolah merupakan satu rahmat yang amat besar yang tidak akan dilepaskan untuk berehat dan bercuti bersama keluarga tersayang. Walaupun kita sibuk dengan pelbagai tugasan di pejabat namun janganlah kita lupa dan alpa untuk memanfaatkan masa senggang kita bersama anak-anak tersayang ......

Sudah pasti kita sudah ada pelbagai perancangan untuk cuti persekolahan kali ini. Paling penting dan utama ialah luangkan masa yang berkualiti bersama dengan insan tersayang. Dan jangan lupa pastikan bajet kita benar-benar telah diatur dengan teliti. Bagi yang ingin menghala ke destinasi ke selatan tanahair terutamanya ke Melaka Bandaraya Bersejarah, kami di BarakahGroup2u KampungStay mengucapkan "SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI DAN BERHATI-HATILAH KETIKA MEMANDU".

Bagi para pengunjung BarakahGroup2u KampungStay, terima kasih kerana sudi berkunjung dan bermalam di sini. Insya Allah, kami akan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada anda agar anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami. 
Semoga kita bertemu kembali di lain waktu .....

Friday, 27 May 2011

SELAMAT DATANG KE MELAKA

          Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka telah tercatat dalam sejarah sejak 600 tahun dahulu. Melaka telah dibuka oleh seorang raja bernama Parameswara dari Sumatera, Indonesia pada kurun ke 15 yang kemudiannya dibangunkan dan terkenal sebagai pusat perdagangan rempah di kalangan pedagang Jawa, Cina, India dan Arab.

          Kegemilangan dan kekayaan Melaka pada ketika itu telah menarik minat bangsa Eropah untuk datang ke rantau ini. Maka pada tahun 1511, Portugis telah menawan Melaka untuk menguasai perdagangan rantau ini selama 130 tahun. Pada tahun 1641, Belanda pula telah mengambil alih Melaka dari Portugis dengan Batavia ( Jakarta ) sebagai pusat pemerintahannya dan menjajah Melaka selama 150 tahun. Kemudian pada tahun 1824, Belanda telah menyerahkan Melaka dengan British sebagai pertukaran dengan Bencoolen, Indonesia dan hingga tahun 1914, British secara langsung atau tidak langsung telah mewujudkan satu kolononial di Tanah Melayu yang akhirnya membentuk Malaysia. Perang Dunia Ke-2 telah menamatkan pemerintahan British di Tanah Melayu. 

          Melawat Melaka menjadi satu kemestian kepada pelancong tempatan dan juga asing. Tempat-tempat bersejarah seperti Memorial Kemerdekaan, Kota A Famosa, Makam Hang Tuah, Perigi Hang Li Poh, Makam Hang Jebat, Masjid Kampung Hulu, Masjid Kampung Keling, Masjid Tengkera, The Stadthuys, Replika Istana Kesultanan Melaka dan banyak lagi menjadi tarikan utama pelancong ke Melaka. Tidak ketinggalan juga Menara Taming Sari, River Cruise, Taman Botanikal, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, Melaka River Pirate Park dan banyak lagi untuk dikunjungi oleh para pelancong.

          Kekayaan budaya Melaka datangnya dari kepelbagaian kaum dan etnik yang bangga dan mengamalkan adat resam nenek moyang mereka sejak ratusan tahun dahulu. Melaka merupakan sebuah negeri pelbagai kaum yang hidup secara aman dan bertoleransi antara satu sama lain yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Baba-Nyonya dan Chetty.

          Kami di BarakahGroup2u KampungStay mengalu-alukan kedatangan anda ke Melaka kerana "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia".  Semoga kita berjumpa di Melaka, Bandar Warisan Dunia UNESCO.

Friday, 8 April 2011

BarakahGroup2u KampungStay , Melaka Bandaraya Bersejarah


         Adakah anda merancang untuk bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah ?    Sudahkah anda mempunyai tempat penginapan yang sesuai dan selesa untuk percutian anda ? Jika anda masih tercari-cari di manakah lokasi yang sesuai untuk menginap di Melaka, kami di BarakahGroup2u KampungStay sedia menawarkan kepada anda penginapan yang selesa pada kadar harga yang berpatutan.

    Kami menawarkan 3 unit rumah di kawasan kampung (kampung dalam bandar) di mana kami menyediakan 1 unit rumah 2 bilik 2 bilik mandi di mana setiap bilik tidur dilengkapi dengan kipas dan juga air-cond serta 2 unit rumah 3 bilik 2 bilik mandi di mana semua bilik tidur dilengkapi dengan kipas dan air cond ). Bilik mandi kami dilengkapi dengan pemanas air. Selain itu, kami juga menyediakan kemudahan seperti dapur, peti sejuk, mesin basuh, periuk elektrik, cerek elektrik dan juga kemudahan WiFi. Anda pasti akan merasakan bahawa penginapan di BarakahGroup2u Kampungstay merupakan satu pilihan yang tepat dan memuaskan hati anda.
  

     Lokasi kami ialah di No. 15 C dan 15 D Lrg Imam Hj Mohd Dom , Durian Daun Dalam , Jalan Maktab 75400 Melaka. Lokasi kami cukup strategik iaitu berhampiran dengan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka ( kira-kira 50 meter ) dan bersebelahan dengan Surau An Naemah Kg Durian Daun Dalam, Melaka. Kemudahan gerai makan dan restoran juga mudah diperolehi. Oleh itu, masalah makan dan minum anda bukannya satu masalah. Restoran Lot 85 yang merupakan antara restoran terkemuka di Melaka terletak kira-kira 50 meter sahaja dari homestay kami. 


     Penginapan kami juga menyediakan ruang letak kereta berbumbung bagi 2 buah kereta setiap unit penginapan .


     Ruang tamu dilengkapi dengan televisyen bagi anda menonton rancangan kegemaran anda. Kami menyediakan bilik yang cukup selesa bagi anda sekeluarga di mana setiap bilik dilengkapi dengan kipas siling dan juga alat penghawa dingin demi memastikan anda dapat menikmati rehat yang mencukupi setelah penat melawati tempat-tempat menarik di Melaka.





     Ruang makan dan dapur kami juga luas dan selesa serta dilengkapi dengan peti sejuk , mesin basuh , pinggan mangkuk , cerek dan dapur gas supaya anda merasakan seolah-olah anda berada di rumah anda sendiri.





     2 buah bilik mandi yang dilengkapi dengan alat pemanas air akan dapat memberikan anda keselesaan dan kenikmatan setelah penat melawat negeri kami. Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke BarakahGroup2u Kampungstay apabila anda berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
  

  
                           

   

Monday, 14 March 2011

HiGOAT - RAHSIA SUSU KAMBING PENUH KHASIAT DAN KEBAIKAN

MEMPERKENALKAN PRODUK BERASASKAN SUSU KAMBING YANG MUDAH DIBANCUH TANPA RASA HANYIR ,PAYAU & MELOYAKAN.BERKHASIAT,
HALAL LAGI SUCI


HARGA 36.60 (15 SACHET)


HiGoat - Rahsia susu kambing yang kini disingkap mutu khasiat dan kebaikannya. Susu kambing terlaris buat anda sekeluarga yang diyakini manafaatnya. Harga berpatutan, penuh nilai khasiat dan bermutu tinggi, suci lagi halal.


SUSU TERBAIK SELEPAS SUSU IBU
  • Tidak menyebabkan alahan
  • Kuatkan sistem imunisasi
  • Bersifat alkali
  • Tingkatkan daya penumpuan
  • Lancarkan sistem penghadaman dan usus
  • Membantu megubati kanser,asma,demam kuning, gastrik,penyakit kulit,ulser,sukar tidur dll
  • Imbangi gula dalam darah
  • Awet muda

Kelebihan & Khasiat

Apakah kelebihan dan manfaat Susu Kambing Hi-Goat yang telah terbukti keberkesanannya?

1) Merawat Kencing Manis9) Kebas Kaki dan Tangan
2) Sakit Jantung dan Darah Tinggi10) Migrain
3) Gastrik11) Semput
4) Asma (Lelah)12) Masalah Keletihan
5) Acute Anemia13) Masalah Kulit
6) Tulang Belakang Reput14) Masalah Ketika Mengandung
7) Angin Ahmar15) Masalah Ketika Kelahiran
8.) Insomnia16) Susah Buang Air Besar & Buasir



BAGAIMANA UNTUK BERMULA?? INGIN TAMBAHKAN PENDAPATAN??

PAKEJ KEAHLIAN

1) PAKEJ AHLI BIASA (AB)
  • RM 50
  • Kit Ahli
  • 1 kotak HiGoat
  • Beg HR
2) PAKEJ KEAHLIAN KELUARGA

    a) Ahli baru belian pakej produk RM230
  • 1 set keluarga sihat
  • 4 kotak HiGOAT
  • 3 botol tablet susu kambing
  • 2 kotak kopi SpyHRu
    b) Ahli baru belian pakej produk RM230
  • 7 kotak HiGOAT